Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS MEGENALI SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT UTAMA TANAMAN SAYUR SERTA KAWALANNYA Hari Rabu, 27 Sya'ban 1438 bersamaan 24 Mei 2017 Bilik Permai, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL

KURSUS MEGENALI SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT UTAMA

TANAMAN SAYUR SERTA KAWALANNYA

 

Hari Rabu, 27 Sya'ban 1438 bersamaan 24 Mei 2017

Bilik Permai, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan

 

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementrian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta  kursus 'Mengenal Serangga Perosak dan Penyakit Utama Tanaman Sayur serta Kawalannya' bagi 5 orang pengusaha sayur-sayuran Daerah Brunei Muara, 2 orang penuntut IBTE Agro-Technology Campus dan 15 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengembangan Pertanian.

Tetamu kehormat pada majlis penyampaian sijil tersebut ialah Yang Mulia Puan Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan. Turut hadir ialah Ketua Bahagian Pengembangan Pertanian, pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta tenaga pengajar kursus yang terdiri  dari 2 orang  Pegawai Unit Pengembangan Pertanian Daerah Brunei Muara selaku penyelaras kursus tersebut.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pengusaha sayur-sayuran di Daerah Brunei Muara mengenalpasti masalah perosak dan penyakit utama yang menyerang sayur-sayuran tempatan.  Disamping itu, peserta  juga dibawa melawat ke ladang sayur-sayuran,  makmal Musuh dan Penyakit Tanaman di Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei Kilanas.  Peserta kursus juga diberi penerangan mengenai teknologi-teknologi pengawalan yang berkesan dan sistem pengurusan ladang yang baik bagi menghasilkan produk sayur-sayuran yang berkualiti tinggi di negara ini untuk meningkatkan sumber ekonomi pengusaha-pengusaha berkenaan dan seterusnya untuk mempelbagai ekonomi negara ke arah pasaran eksport.      

Kursus ini juga dihasratkan untuk melatih pegawai dan kakitangan bahagian Pengembangan daerah Tutong, Temburong dan Belait untuk mengukuhkan kapasiti dan keupayaan sumber manusia Jabatan dalam memindahkan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi dari penyelidikan saintifik kepada peladang dan pengusaha pertanian untuk meningkatkan penghasilan pertanian dan jaminan makanan negara dengan teknologi tinggi bagi mempelbagaikan ekonomi bukan sektor minyak dan gas.

 

​Related News :

http://mediapermata.com.bn/

Attachments