Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

15.01.2018 LAWATAN YB MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN KE REBAN AYAM TERTUTUP QAF FARM SDN BHD

KENYATAAN AKHBAR

 

LAWATAN YB MENTERI KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

 KE REBAN AYAM TERTUTUP

QAF FARM SDN BHD

 

Isnin, 15hb Januari 2018

Syarikat QAF Farm Sdn Bhd telah menerima lawatan rasmi kereban ayam tertutup dari Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada 15hb Januari 2018, di KawasanKemajuan Pertanian (KKP) Mungkom, Kiudang, Tutong.

 

Yang Berhormat Menteri telah disambut oleh Pengurus Syarikat Awang Bohari bin Dasin dan diberikan penerangan mengenai latar belakang ladang dan hala tuju pengeluaran ayam pedaging bagi tahun 2018. Menurut Pengurus syarikat, ladang QAF Farm Sdn Bhd telah bergiat aktif dalam pemeliharaan ayam pedaging dari tahun 1999. Tapak ladang pada masa kini mempunyai keluasan 65 hektar dan pihak syarikat juga mempunyai sebuah penetasan anak ayam di Kawasan Kemajuan Pertanian Birau yang bermula operasi pada tahun 2011.

 

Perusahaan ladang pada masa kini mempunyai 15 buah reban ayam tertutup yang beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti 30,000 ekor dengan mengunakan habuk kayu pada lantai reban (deep litter system). Setiap reban hanya memerlukan 1 pengendali dengan mengunakan sistem automatik reban tertutup. Pemberian dan pengurusan makanan juga disediakan secara automatik dengan kapasiti 12 metrik tan bagi setiap silo pada setiap reban dan struktur reban yang dilengkapi dengan 18 buah kipas dan 1 sistem penyejuk (cooling pad). Pengeluaran pihak syarikat pada tahun 2017 adalah pada jumlah 2.48 juta ekor ayam pedaging (3,728 metrik tan).

 

Tugas-tugas pengendalian reban-reban ayam tersebut dilakukan oleh para pekerja asing yang berpengalaman namun dari sudut pengurusan Syarikat QAF Farm Sdn Bhd pula majoritinya adalah anak-anak tempatan.

 

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan melalui khidmat nasihat, penyediaan kawasan atau tapak yang bersesuaian dalam mengusahakan ternakan ayam lebih-lebih lagi di dalam penggunaan teknologi tinggi.  Ini akan dapat meningkatkan lagi produktiviti dan pengeluaran ayam pedaging bagi pasaran tempatan dan seterusnya menembusi pasaran luar negeri dengan program piawaian ladang dalam pengurusan penternakan (kebersihan dan biosekuriti ladang).

 

Pemantauan ke atas ladang-ladang di bawah Kawasan Kemajuan Pertanian akan sentiasa di pantau bagi memastikan agar tapak berkenaan akan sentiasa diusahakan bagi tujuan pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan. Salah satu daripada pemantauan yang dilakukan ialah pemantauan Amalan Pemeliharaan Ternakan Yang Baik (Good Animal Husbandry Practices -GAHP). Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sentiasa menggalakkan pengusaha ladang supaya sentiasa mengamalkan Amalan Pemeliharaan Ternakan Yang Baik (GAHP) dan sentiasa menitik beratkan kebajikan haiwan demi menjamin kesihatannya.

 

Bagi meningkatkan lagi mutu ladang ternakan ke arah peningkatan produktiviti, kawalan penyakit yang baik dan menghasilkan produk berkualiti, para pengusaha di sarankan untuk menyerapkan GAHP ke dalam pengurusan ladang ternakan mereka. Matlamat GAHP ini ialah untuk meningkatkan mutu penternakan kearah mengwujudkan ladang yang berkualiti dan produktif. Selain daripada itu ianya juga menekankan aspek biosekuriti ladang, kesihatan dan keselamatan pekerja, kesejahteraan ternakan dan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan alam sekitar. Pengurusan rekod-rekod ladang juga adalah penting di dalam pengurusan ladang bagi memudahkan pengesanan penyakit serta dapat menjamin kualiti sesebuah ladang ternakan. 

 

Pada masa ini, Jabatan Pertanian dan Agrimakan bergiat aktif menjalankan beberapa program untuk menaiktarafkan ladang-ladang yang sedia ada melalui penyerapan teknologi tinggi, pengunaan Amalan Pemeliharaan Yang Baik dan Biosekuriti serta pemantauan penyakit-penyakit ternakan. Langkah-langkah ini adalah diperlukan dalam mendokong perancangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan untuk mengekspot komoditi ayam iaitu telur dan daging ayam kepada negara-negara seperti Singapura, Jepun dan Korea.

 

Sehubungan itu, Jabatan juga menyarankan lebih ramai lagi pengusaha ayam pedaging untuk berkecimpung di dalam penggunaan teknologi tinggi seperti reban ayam tertutup di dalam perusahaan mereka. Perusahaan ini akan dapat meningkatkan industri ternakan dan mampu menjana ekonomi Negara Brunei Darussalam.

​Related news:

www.mediapermata.com.bn

Attachments