Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

21.05.2016_MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ BAGI TAHUN 1437H DI KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

Bandar Seri Begawan – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sempena Menyambut Isra' dan Mi'raj pada tahun ini pada Hari Sabtu, 14 Sya'ban 1437 bersamaan 21 Mei 2016 yang diselenggarakan bersama oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Bahagian Pengurusan dan Kewangan di Kementerian berkenaan.  Majlis tersebut diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Awang Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.  Turut hadir ialah Yang Mulia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohd Ali, Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian berkenaan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Kemuncak majlis ialah ceramah khas yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah dari Pusat Dakwah Islamiah.  Majlis seumpama ini adalah merupakan salah satu majlis keugamaan yang diadakan di Kementerian ini di setiap tahun.

 

Attachments