Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS DOA SELAMAT MEMOHON AGAR KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR BAGI PROJEK PENANAMAN PADI BERKELUASAN 500 HEKTAR DI KAWASAN KANDOL (FASA 2), DAERAH BELAIT, BERJALAN DENGAN SEMPURNA - 26 MEI 2021

​Mukim Bukit Sawat Hari Rabu, 13 Syawal 1442H bersamaan 26 Mei 2021M -  Yang Berhormat Dato Seri Seria Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II; dan Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan selaku pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Tertinggi Projek Pembukaan Kawasan Penanaman Padi Secara Komersial Berkeluasan 500 Hektar, Kawasal Kandol, Daerah Belait telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar kerja-kerja infrastruktur bagi Projek Penanaman Padi Kandol Fasa 2 berjalan dengan sempurna, bertempat di Site Office, Kawasan Kemajuan Pertanian Kandol.

Attachments