Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

​PROGRAM PENDEDAHAN BELIA-BELIA YANG BERPOTENSI UNTUK MENCEBURI BIDANG PERTANIAN BERTEKNOLOGI TINGGI KALI KE-6 - 2 DISEMBER 2021

Hari Khamis, 26 Rabiulakhir 1443 bersamaan dengan 2hb Disember 2021, Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam


 Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan mengungkayahkan ‘Program Pendedahan Belia-Belia Yang Berpotensi Untuk Menceburi Bidang Pertanian Berteknologi Tinggi Kali Ke-6’ secara maya di sepanjang bulan Disember bermula dari 2 Disember 2021 dan dijalankan setiap hari Selasa dan Khamis sehingga 30 Disember 2021. Program ini meliputi sesi taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Yang Mulia Hajah Masliana Yuliah binti Abdullah serta pegawaipegawai daripada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan

Attachments