Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAgrifood Industry

Perkhidmatan Teknikal Bagi Industri Agrimakanan

 

Latar Belakang

Bahagian Industri Agrimakanan, sebelum ini dikenali dengan nama Bahagian Pembangunan Agrimakanan, yang mana pada asalnya ialah Unit Lepas Tuai dan Teknologi Makanan yang telah dinaiktaraf menjadi Bahagian pada 19 Januari 2008.  Bahagian ini telah bermula dengan enam unit iaitu Unit Lepas Tuai, Unit Pemprosesan Makanan dan Pembangunan Produk, Unit Pembungkusan Makanan, Unit Bioteknologi Makanan, Unit Kawalan Mutu Makanan dan Unit Perundingan dan Pelaburan Industri Makanan. 

Pada 10 Oktober 2018, struktur organisasi Bahagian Industri Agrimakanan adalah terdiri dari Unit Pembangunan Produk Agrimakanan, Unit Teknologi Pembungkusan Agrimakanan dan Unit Kemajuan Agrimakanan. 

 

Peranan dan tanggungjawab utama ialah :

  • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pembangunan industri agrimakanan untuk meningkatkan penghasilan produk agrimakanan yang berkualiti, selamat, halal di pasaran
  • Membangunkan teknologi pengendalian dan pengeluaran produk agrimakanan yang bermutu tinggi, selamat dan terjamin halal serta kompetitif dengan produk antarabangsa
  • Membantu memajukan industri agrimakanan tempatan melalui khidmat nasihat teknikal dan konsultansi, serta pemindahan teknologi bagi memenuhi kriteria pasaran tempatan dan luar negara

Diantara perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti yang giat dilaksanakan ialah seperti berikut:

  • Memberikan khidmat konsultansi teknikal dalam menjalankan kajian pembangunan produk seperti ujicuba teknologi pemprosesan, jenis pembungkusan yang sesuai dan konsultansi kajian tempoh simpan (shelf-life testing) bagi menentukan tarikh mansuh (expiry date) produk makanan
  • Mengadakan kursus pemprosesan makanan untuk memberi tunjuk ajar penggunaan mesin pemprosesan dan teknologi masa kini, dengan menerapkan Amalan Kebersihan yang Baik dan tatacara kawalan kualiti dan pembungkusan yang bersesuaian
  • Memberikan khidmat nasihat mengenai analisis kimia dan mikrobiologi yang diperlukan bagi produk makanan pengusaha mikro, kecil dan sederhana agrimakanan (mSME), menyelaras pengambilan sampel di premis pemprosesan agrimakanan dan menghantar ke Makmal Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan
  • Memberikan penerangan kepada pengusaha atau pihak pemohon mengenai keputusan analisis makmal (interpretation of analysis results)
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana agrimakanan (mSMEs) untuk mempraktikkan Amalan Kebersihan yang Baik (Good Hygiene Practices) dan Amalan Pengilangan yang Baik (Good Manufacturing Practices), melalui pemeriksaan dan pemantauan ke premis pemprosesan makanan
  • Menjalankan pemeriksaan bersepadu dengan Bahagian Keselamatan dan Kawalan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan bagi permohonan syarikat mendapatkan Sijil Kesihatan untuk mengeksport produk makanan (Export Health Certificate)
  • Memberikan sesi taklimat dan bengkel mengenai Amalan Kebersihan yang Baik, Amalan Pengilangan yang Baik, pembungkusan dan pelabelan, penentuan tempoh simpan produk bagi produk makanan
  • Membangunkan standard / garispanduan yang berhubungkait dengan pembuatan produk agrimakanan yang diperlukan bagi penghasilan produk yang selamat dan berkualiti bagi memenuhi kriteria pasaran tempatan dan luar Negara seperti piawaian atau standard mengenai Garispanduan Amalan Pengilangan yang Baik

 

Perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan oleh Unit-unit di bawah Bahagian Industri Agrimakanan adalah seperti berikut :

 

A.   Pembungkusan dan pelabelan produk makanan

 

  • Pembungkusan makanan – kesesuaian bahan pembungkus, dsb
  • Pelabelan makanan – format dan susunan label produk
  • Penentuan tarikh mansuh dan tempoh simpan produk ( expiry date / shelf-life )
  • Penghantaran sampel makanan bagi kandungan nutrisi produk (analisis kimia)
  • Penghantaran sampel makanan bagi ujian mikrobiologi

 

B.   Premis dan teknologi pemprosesan makanan

 

  • Susun atur premis pemprosesan makanan
  • Mesin / peralatan pemprosesan
  • Penyewaan Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (Small Enterprise Food Incubator)

 

C.   Ujian Kawalan Kualiti Produk Makanan

 

  • Keasidan (pH) – Kadar kemasaman
  • Jumlah Pepejal Larut / Total Soluble Solids - Sucrose (Brix) – kadar kemanisan (sukrosa)
  • Keaktifan air (Water activity)
  • Kelikatan (Consistency)

 

D.   Kursus atau Bengkel yang diperlukan

 

  • Aliran Tunai dan Pelan Perniagaan
  • Asas Pemprosesan bagi produk makanan seperti biskut, sos, jus, jeruk dan sebagainya
  • Kajian Penentuan Tempoh Simpan  (Expiry Date )
  • Pembungkusan dan Pelabelan Produk
  • Amalan Kebersihan yang Baik (Good Hygiene Practices - GHP)
  • Amalan Pengilangan yang Baik (Good Manufacturing Practices - GMP)


Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Industri Agrimakanan

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan,

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan,

Negara Brunei Darussalam

Tel. no. +673-7246167 atau email : uppiam@gmail.com