Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksCrop Industry

​​


Bahagian Industri Tanaman



Fungsi Bahagian:


1.     Meningkatkan Hasil Keluaran Industri Tanaman
Membantu peladang-peladang dalam meningkatkan hasil keluaran industri tanaman dalam jangka pendek, sederhana dan panjang melalui peningkatan produktiviti dan teknologi tinggi dengan memfokuskan penghasilan produk bernilai tinggi.
 
2.     Memberikan Khidmat Nasihat, Kepakaran dan Dokongan Teknikal
Memberi khidmat nasihat agribisnis dan memudahcara permohonan tapak kepada syarikat/pengusaha/individu yang berminat dalam perusahaan tanaman dan juga sebagai pakar runding dalam pengurusan tanaman.
 
3.     Memudahcara Rangkaian Pasaran
Memudahcara rangkaian pemasaran bagi pengusaha-pengusaha tempatan yang lebih kompetitif.
 
4.     Menjamin Keselamatan Makanan
Untuk memastikan jaminan mutu dan keselamatan hasil-hasil tanaman bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.


Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Bahagian:


1.     Memberikan konsultasi mengenai permohonan tapak pertanian bagi aktiviti penanaman sayur, buah, pelbagai tanaman dan florikultur bagi Projek Rintis, Tambahan Kawasan (Expansion), FDI dan RFP.

2.     Memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha atau peladang mengenai pengurusan tanaman dan ladang bagi meningkatkan hasil keluaran ladang.

3.     Memberikan konsultasi mengenai pemadanan pemasaran (business matching).

Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai:

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti latihan-latihan yang dikendalikan di bawah Bahagian Industri Tanaman boleh membuat permohonan latihan melalui persuratan ditujukan kepada Pengarah Pertanian dan Agrimakanan.