Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLivestock Industry

​​


Bahagian Industri Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar


Fungsi Bahagian:
·       Memastikan pertumbuhan keluaran industri berasaskan pertanian dan agrimakanan melalui peningkatan produktiviti dan penggunaan teknologi tinggi berorientasikan untuk pasaran domestik dan eksport.
·       Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri ternakan yang mapan demi kesejahteraan manusia di dalam negeri dan pasaran eksport.

Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Bahagian:
·       Fasilitasi bagi yang berhasrat memulakan syarikat dalam penternakan dan amalan pemeliharaan yang baik.
·       Perkhidmatan khidmat nasihat konsultasi veterinar mengenai kesihatan ternakan dan haiwan bagi pengusaha ternakan.
·       Perkhidmatan penganalisaan makmal veterinar bagi ujian-ujian yang berkenaan dengan pemeliharaan dan penyakit ternakan.
·       Program kesihatan awam veterinar dan survelans penyakit bagi ladang-ladang ternakan dibawah pemantauan industri ternakan yang berkepentingan.
·       Fasilitasi pengimportan haiwan ternakan hidup dan ubat-ubatan veterinar (permit import).
·       Perlesenan dan pemantauan penguatkuasaan dibawah regulatori veterinar yang berkenaan.


Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai:
Bolehlah memohon secara persuratan kepada jabatan iaitu melalui Pengarah Pertanian dan Agrimakanan bagi memohon kursus singkat mengenai:
1)     Pemeliharaan perusahaan ternakan (ayam pedaging, penelur, ayam kampong, itik, kambing, rusa, sapi / kerbau)
2)     Penyakit ternakan dalam pemeliharaan, pengunaan perubatan veterinar dan tatacara alternatif.
3)     Perusahaan dan pengurusan pusat penyembelihan ruminan dan bukan ruminan.