Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPaddy Industry


Bahagian Industri Padi

Fungsi Bahagian:

1)     Seksyen Industri Padi

  1. Memantau prestasi ladang-ladang padi bagi memastikan produktiviti serta keluaran padi mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Jabatan.
  2. Memastikan benih padi yang berkualiti dapat dibekalkan kepada peladang-peladang padi.
  3. Memberikan khidmat nasihat berkenaan pengurusan tanaman padi kepada peladang.
  4. Menganjurkan program-program peningkatan kapasiti dalam teknologi pengeluaran padi bagi peladang serta kakitangan Jabatan melalui platform Rice Farmers Field School.
  5. Melaksanakan program penyelidikan Padi bagi mengenalpasti varieti-varieti padi baru berhasil tinggi sejajar dengan strategi peningkatan padi negara.
  6. Mengenalpasti kawasan-kawasan padi baru bagi meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara.

     

2)     Seksyen Perlindungan Tanaman dan Sains Tanah

  1. Memberikan khidmat kepakaran diagnostik dan pencaman musuh perosak tanaman.
  2. Memberikan khidmat nasihat pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman yang bersesuaian termasuk pengurusan musuh perosak bersepadu (Integrated Pest Management – IPM).
  3. Memberikan khidmat nasihat kesesuaian tanah, kesuburan tanah, nutrien tanaman dan pengurusan pembajaan untuk tujuan penggunaan dan peningkatan produktiviti ladang.
  4. Memberikan perkhidmatan analisis kimia makmal bagi sampel tanah, daun tanaman, kualiti baja, larutan nutrien dan air daripada ladang-ladang pertanian di negara ini.
  5. Memberikan khidmat latihan dan pemindahan teknologi kepada peladang/orang ramai/penuntut mengenai dengan musuh perosak tanaman, serta sains tanah dan nutrien tanaman.
  6. Merancang dan meneliti keperluan pembelian racun kimia pertanian dan baja kimia bagi Program Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan (SIPA), serta peralatan dan bahan kimia makmal dan ladang.
  7. Memberikan kepakaran teknikal (dari segi racun kimia pertanian dan baja) bagi Program Pemantauan dan Akreditasi Amalan Perladangan Baik Brunei (Brunei GAP).
  8. Membuat kajian bagi peningkatan pengawalan bersepadu musuh perosak tanaman, serta ujian asas kesuburan tanah dan nutrien tanaman.
  9. Menyediakan garis panduan serta risalah-risalah mengenai musuh perosak tanaman, serta tanah dan nutrien tanaman.
  10. Menjalankan aktiviti-aktiviti diagnostik mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penyakit tanaman.
  11. Memberikan khidmat kepakaran dan khidmat nasihat bagi pencaman dan pengawalan penyakit tanaman kepada peladang-peladang di Negara Brunei Darussalam.
  12. Mendukung pembangunan dan perkembangan industri tanaman dalam meningkatkan hasil pengeluaran dan mengurangkan kerugian akibat serangan penyakit untuk memastikan pengeluaran hasil yang optimum, berkualiti, selamat dan kos efektif.
  13. Menerima sampel komoditi tahanan dan menjalankan kerja-kerja pencaman penyakit tanaman.
  14. Memberi taklimat dan pemindahan teknologi mengenai penyakit tanaman serta kaedah-kaedah yang bersesuaian kepada, peladang, pengusaha dan pegawai dan kakitangan Jabatan.

     

Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Bahagian:

  1. ​Seksyen Perlindungan Tanaman dan Sains Tanah
  • Perkhidmatan diagnostik dan khidmat nasihat bagi musuh perosak tanaman.
  • Perkhidmatan diagnostik dan khidmat nasihat bagi penyakit tanaman.
  • Perkhidmatan analisis sampel tanah, baja kimia dan organik, daun tanaman, larutan nutrien dan pengairan ladang. 

Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai:

Latihan boleh dipohonkan melalui persuratan kepada Pengarah Pertanian dan Agrimakanan:

Yang Mulia,

Pengarah Pertanian dan Agrimakanan

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan

Jalan Muhibbah, Airport Lama Berakas, BB3510

Negara Brunei Darussalam

 ​

​​