Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSoil Science and Crop Protection Services

Seksyen Perlindungan Tanaman dan Sains Tanah

  1. Memberikan khidmat kepakaran diagnostik dan pencaman musuh perosak tanaman.
  2. Memberikan khidmat nasihat pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman yang bersesuaian termasuk pengurusan musuh perosak bersepadu (Integrated Pest Management – IPM).
  3. Memberikan khidmat nasihat kesesuaian tanah, kesuburan tanah, nutrien tanaman dan pengurusan pembajaan untuk tujuan penggunaan dan peningkatan produktiviti ladang.
  4. Memberikan perkhidmatan analisis kimia makmal bagi sampel tanah, daun tanaman, kualiti baja, larutan nutrien dan air daripada ladang-ladang pertanian di negara ini.
  5. Memberikan khidmat latihan dan pemindahan teknologi kepada peladang/orang ramai/penuntut mengenai dengan musuh perosak tanaman, serta sains tanah dan nutrien tanaman.
  6. Merancang dan meneliti keperluan pembelian racun kimia pertanian dan baja kimia bagi Program Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan (SIPA), serta peralatan dan bahan kimia makmal dan ladang.
  7. Memberikan kepakaran teknikal (dari segi racun kimia pertanian dan baja) bagi Program Pemantauan dan Akreditasi Amalan Perladangan Baik Brunei (Brunei GAP).
  8. Membuat kajian bagi peningkatan pengawalan bersepadu musuh perosak tanaman, serta ujian asas kesuburan tanah dan nutrien tanaman.
  9. Menyediakan garis panduan serta risalah-risalah mengenai musuh perosak tanaman, serta tanah dan nutrien tanaman.
  10. Menjalankan aktiviti-aktiviti diagnostik mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penyakit tanaman.
  11. Memberikan khidmat kepakaran dan khidmat nasihat bagi pencaman dan pengawalan penyakit tanaman kepada peladang-peladang di Negara Brunei Darussalam.
  12. Mendukung pembangunan dan perkembangan industri tanaman dalam meningkatkan hasil pengeluaran dan mengurangkan kerugian akibat serangan penyakit untuk memastikan pengeluaran hasil yang optimum, berkualiti, selamat dan kos efektif.
  13. Menerima sampel komoditi tahanan dan menjalankan kerja-kerja pencaman penyakit tanaman.
  14. Memberi taklimat dan pemindahan teknologi mengenai penyakit tanaman serta kaedah-kaedah yang bersesuaian kepada, peladang, pengusaha dan pegawai dan kakitangan Jabatan.