Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

31.10.2015_Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yassin dan Bertahlil Serta Membaca Doa Kesyukuran Sempena Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2015

KENYATAAN AKHBAR

 

MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASSIN DAN BERTAHLIL SERTA MEMBACA DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN 2015

 

Sabtu, 18 Muharam 1437H bersamaan 31 Oktober 2015M

Jamie' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiulap

Negara Brunei Darussalam

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan majlis Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yaasin dan bertahlil serta Membaca Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2015 pada hari Sabtu, 18 Muharam 1437H bersamaan 31 Oktober 2015M bertempat di Jamie' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiulap. ​

Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan ini telah diisytiharkan oleh kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa baginda merasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 pada 19 November 2009 bertempat di Taman Agroteknologi Brunei, Kampong Tungku.

Dengan pengisytiharan itu, Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan telah disambut pada setiap 1 November setiap tahun bagi mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa para peladang, petani, penternak dan nelayan dalam peranan mereka selaku penjana makanan bagi negara ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Turut sama hadir di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan. Juga hadir ialah peladang-peladang, petani-petani, penternak-penternak dan nelayan-nelayan serta pengusaha-pengusaha agrimakanan di seluruh negara.

Aturcara di majlis ini termasuklah Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah diikuti dengan membaca Surah Yassin dan bertahlil dan membaca doa kesyukuran. Majlis berakhir dengan Sembahyang Isya' berjemaah.​

MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASSIN DAN BERTAHLIL SERTA MEMBACA DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PELADANG, PE
Attachments