Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

26.9.2015_Majlis Ibadah Korban Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Tahun 1436 Hijrah Bersamaan 2015 Masehi

SIARAN AKHBAR​

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

TAHUN 1436 HIJRAH BERSAMAAN 2015 MASEHI

 

BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban pada Hari Sabtu, 12 Zulhijjah 1436 Hijrah bersamaan 26 September 2015 yang diselenggarakan bersama oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber-Sumber Utama. Majlis tersebut diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Awang Haji Mohd Jamil Al-Sufri, Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, telah berkesudian menyampaikan agihan daging-daging korban kepada penerima-penerima daging korban yang berhak menerimanya dari kalangan warga Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan juga yang menyertai korban pada tahun ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Haji Khairuddin bin Haji Abd Hamid, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan), Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Sejumlah 5 ekor sapi dan 1 ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini.  Majlis pada hari tersebut telah dimulakan dengan Bacaan surah Al-Fatihah dan bertakbir  beramai-ramai dan seterusnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qura'an serta terjemahannya sebelum kemuncak acara iaitu pengagihan daging-daging korban dijalankan.

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
Attachments