Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

01022018 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI PESERTA PROGRAM PENDEDAHAN PERUSAHAAN PERTANIAN UNTUK PARA BELIA SECARA PERLADANGAN BERKONTRAK “CONTRACT FARMING”

KENYATAAN AKHBAR

 

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI PESERTA PROGRAM PENDEDAHAN PERUSAHAAN PERTANIAN UNTUK PARA BELIA SECARA PERLADANGAN BERKONTRAK "CONTRACT FARMING"

 

15 JAMADILAWAL 1439 BERSAMAAN DENGAN 1HB FEBRUARI 2018,

Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mengadakan majlis penutup dan penyampaian sijil bagi peserta belia yang mengikuti "Program Pendedahan Perusahaan Pertanian Untuk Para Belia Secara Perladangan Berkontrak (Contract Farming)" yang telah diadakan sebanyak dua sesi berturut-turut. Sesi pertama telah diadakan pada 15 Januari hingga 18 Januari 2018 dengan keramaian peserta belia seramai 13 orang.  Manakala sesi kedua telah diadakan dari 29 Januari hingga 1 Februari 2018 dengan jumlah peserta belia seramai 17 orang.  Dari kedua sesi tersebut, seramai 30 peserta belia telah menyertai.  Seramai 19 peserta yang melawat semua ladang yang dijadualkan menerima sijil "Program Pendedahan Perusahaan Pertanian Untuk Para Belia Secara Perladangan Berkontrak (Contract Farming)" yang telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Turut hadir ialah, Yang Mulia, Hajah Aidah binti Hj Mohd Hanifah, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Ketua-ketua Jabatan dibawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

 

Program ini adalah merupakan salah satu inisiatif pihak Kementerian dalam mendokong Pelan Strategik Jabatan Pertanian Dan Agrimakanan 2016-2020.  Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk mendedahkan perusahaan pertanian sebagai satu perniagaan yang menguntungkan serta membuka peluang kepada  belia-belia untuk melabur dalam sektor pertanian secara "Contract Farming", khususnya dalam bidang industri tanaman menggunakan sistem teknologi tinggi yang boleh meningkatkan hasil pertanian dan memberikan pulangan yang lumayan. 

 

Program ini dibahagikan kepada sesi taklimat dan lawatan ke ladang-ladang pertanian.  Pada sesi taklimat tersebut, penerangan mengenai peluang-peluang pelaburan di bidang industri tanaman, simulasi kewangan bagi perusahaan pertanian menggunakan teknologi tinggi dan tatacara permohonan tapak bagi perusahaan pertanian telah disampaikan oleh pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.  Di samping itu, taklimat mengenai tatacara pendaftaran / penubuhan syarikat-syarikat dan nama-nama perniagaan juga dibentangkan oleh pihak Kementerian Kewangan.  Maklumat-maklumat yang dikongsikan adalah sangat penting untuk diketahui oleh para belia bagi memudahkan mereka menceburi dalam perusahaan pertanian.  Sebuah taklimat daripada Syarikat Gropoint Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang bakal membeli kesemua keluaran hasil belia-belia itu nanti melalui dalam contract farming juga diadakan.  Dalam sesi lawatan, di antara ladang-ladang pertanian yang dilawati ialah Syarikat Ameenfarm Agrotech and Trading, RZ Prisma Enterprise, Syarikat Econadi Agrobiz, DD Agrobiz, Kanglin Hydroponics Farming, Ladang Tunas Harapan, dan Madgrow Tech.

 

Dari program ini, para peserta terbuka minda mengenai potensi pertanian pada keseluruhan rantaian nilai (value chain) dari maklumat dan hasil-hasil perbincangan yang diraih daripada lawatan ke ladang-ladang di Negara ini termasuk potensi dalam menjalankan khidmat pertanian, teknologi, logistik dan juga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha tempatan serta cara-cara mengatasinya. 

 

Dengan adanya program ini, diharap akan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan golongan muda yang terdiri dari belia-belia untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian secara contract farming dan akan dapat menyumbang ke arah peningkatan hasil pertanian dan pasaran eksport.  Dalam perladangan secara berkontrak ini, para pengusaha pertanian perlu mengeluarkan sejumlah modal dan fokus kepada pengeluaran hasil yang berterusan serta berkualiti mengikut piawaian Syarikat yang akan membeli dan memasarkan semua produk-produk pertanian yang mereka hasilkan. 

 

Program ini juga, diharapkan akan dapat mencapai objektif pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi melahirkan usahawan-usahawan belia yang komited, progresif dan produktif bagi sama-sama menyumbang ke arah peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam sektor pertanian pada masa terdekat. 

 

 

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

15 Jamadilawal 1439/01 Februari 2018

​related news:

www.mediapermata.com.bn

Attachments