Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAgrifood-Industry



BAHAGIAN INDUSTRI AGRIMAKANAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

Fungsi Bahagian:

SEKSYEN INDUSTRI AGRIMAKANAN

  • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pembangunan industri agrimakanan untuk meningkatkan penghasilan produk agrimakanan yang berkualiti dan selamat di pasaran
  • Memajukan dan meningkatkan pengeluaran produk agrimakanan yang bermutu tinggi dan berkualiti melalui program-program dan inisiatif dalam pelan strategik Bahagian

 

SEKSYEN KEMAJUAN DAERAH​

  • Memberikan khidmat nasihat pengurusan pertanian dan pemindahan teknologi pertanian kepada pengusaha melalui program latihan, taklimat dan tunjukcara.
  • Memastikan pengeluaran hasil komoditi pertanian pengusaha meningkat dengan membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha pertanian.

SEKSYEN KEJURUTERAAN PERTANIAN

  • Menyelaras, memudahcara dan menyelenggara infrastruktur pertanian di Kawasan Kemajuan Pertanian di seluruh daerah  seperti jalan ladang, saliran ladang dan pengairan, serta penyediaan kemudahan asas seperti bekalan api elektrik dan air domestik mengikut keperluan di Kawasan Kemajuan Pertanian.
  • Menjalankan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di dalam mengenalpasti dan membangunkan teknologi pertanian baru dan moden mampu milik (affortable), seperti rumah terlindung, hidroponik, fertigasi, LED Lighting, agar dapat menyumbang kepada peningkatan hasil dan produktiviti ladang;
  • Menyelaras dan menyelia projek-projek pertanian yang dikendalikan bersama agensi-agnesi yang berkenaan merangkumi aspek perancangan, rekabentuk, penganggaran kos dan pengurusan projek.

Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Bahagian:



SEKSYEN INDUSTRI AGRIMAKANAN

  • Memberikan khidmat konsultansi teknikal dalam pembangunan dan pemprosesan produk, rekabentuk dan bahan pembungkus, keperluan kriteria dan susun atur label produk dan format panel nutrien, pelan susun atur premis pemprosesan, analisis kimia dan mikrobiologi keatas produk, jenis mesin, dan peralatan.
  • Memberikan khidmat nasihat mengenai analisis kimia dan mikrobiologi yang diperlukan bagi produk makanan pengusaha mikro, kecil dan sederhana agrimakanan (mSME).`
  • Membangunkan teknik pemprosesan dan pembungkusan produk pengusaha agrimakanan
  • Membangunkan pelabelan produk dan format panel nutrien produk makanan
  • Memberikan interpretasi keputusan analisa fizikal, kimia dan mikrobiologi menggunakan standard dan garispandu antarabangsa (interpretation of analysis results)
  • Membangunkan aliran tunai penghasilan produk dan pelan perniagaan perusahaan industri agrimakanan
  • Membangunkan pelan susun atur premis pemprosesan
  • Memberikan kursus taklimat dan bengkel mengenai:-
    • Amalan Kebersihan yang Baik
    • Amalan Pengilangan yang Baik
    • Teknologi pemprosesan (teknik dan kawalan kualiti pemprosesan; penerapan amalan kebersihan yang baik serta keperluan dan tatacara pensampelan produk untuk analisa mikrobiologi dan kimia).
    • Teknologi pembungkusan (rekabentuk dan jenis bahan bungkus, tatacara label produk dan format panel nutrien serta keperluan dan tatacara pensampelan produk untuk analisa kimia).
    • Aliran Tunai dan Pelan Perniagaan
  • Memudahcara permohonan tapak dan premis pemprosesan makanan
  • Meningkatkan pautan aktif bersama pengusaha dan peladang agrimakanan, institusi pengajian, sektor-sektor dan agensi berkepentingan
  • Menyelaras pemadanan perniagaan (Business matching) antara pengusaha makanan dan rantaian bekalan (pembekal dan pembeli)

     SEKSYEN KEMAJUAN DAERAH
  • Perkhidmatan Pengambilan Sample Tanaman Bagi Analisa Sisa Racun Kimia
  • Pendaftaran Skim Bantuan Harga Padi
  • Penerimaan Skim Bantuan Harga Padi
  • Permohonan Baja/ Racun Penyakit & Musuh/ Racun Rumpai/ Pukat Pipit Dan Biji Benih Padi
  • Permohonan Baru/ Menambah/ Membaharui Lesen Pekerja Asing untuk kegiatan pertanian
  • Permohonan Peralatan Ladang Khusus
  • Permohonan Bantuan Pakar
  • Permohonan Membaharui Tempoh Kelamaan Geran Tanah

 

SEKSYEN KEJURUTERAAN PERTANIAN

  • Memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha dari aspek pengubasuaian saliran, infrastrusktur ladang yang khususnya dikendalikan oleh pengusaha di dalam kawasan tapak masing-masing.
  • Memberikan khidmat nasihat teknologi moden yang terkini bagi peningkatan pengeluaran komoditi pertanian.

Tatacara permohonan latihan untuk orang ramai:     

    1.  Permohonan secara bertulis kepada Pengarah Pertanian dan Agrimakanan.

    2.   Permohonan di alamatkan kepada:

Pengarah Pertanian dan Agrimakanan

Jalan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama,

Berakas, BB 3510

    3.  Permohon akan dihubungi untuk penentuan jadual latihan