Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

SERANGAN ULAT RATUS FALL / FALL ARMYWORM (FAW) PADA TANAMAN JAGUNG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa hasil dari pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mendapati bahawa pada masa ini terdapat sejenis serangga perosak tanaman yang dikenali sebagai Ulat Ratus Fall (nama saintifik Spodoptera frugiperda) yang menyerang dan merosakkan tanaman jagung di Negara Brunei Darussalam. 

 

Pada Disember 2019, serangan Ulat Ratus Fall ini telah diisytiharkan oleh pihak Food and Agricultural Organization of the United Nations (FAO) sebagai salah satu ancaman global yang mengancam sekuriti makanan dengan menjejaskan peladang-peladang berskala kecil.   Ulat Ratus Fall ini berasal dari rantau Amerika dan telah merebak ke rantau Afrika pada tahun 2016 dan mula merebak ke rantau Asia pada tahun 2019.  Pada lazimnya, Ulat Ratus Fall akan menjadikan jagung sebagai tanaman utama untuk diserang, tetapi ia juga berpotensi menjejaskan sekurang-kurangnya lapan puluh (80) jenis tanaman yang lain, termasuk padi, melon, lada, tomato, terung, timun, pisang, dan sayur jenis daun yang mana tanaman-tanaman ini sedang diusahakan oleh peladang-peladang di Negara Brunei Darussalam. Ulat Ratus Fall menyerang di semua peringkat tanaman (dari peringkat semaian hingga peringkat berbuah), dan boleh merosakkan tanaman-tanaman sehingga mengakibatkan penurunan produktiviti ladang dari 20% sehingga 100% kehilangan hasil secara keseluruhan.


More Info : Click Here

Attachments