Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN BERSEPADU BAGI MENINJAU MENGENAI ISU INFESTASI LALAT DI BEBERAPA BUAH KAMPUNG, DI MUKIM PENGKALAN BATU 9 MEI 2020

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Hari Sabtu, 15hb. Ramadhan 1441H/ 9hb Mei 2020

 

Susulan daripada mesyuarat khas yang telah diadakan pada hari Khamis, 7hb Mei 2020 yang lalu berkenaan isu infestasi lalat yang sedang melanda yang dilaporkan hasil maklumat orang awam khususnya di beberapa buah kampung di sekitar Mukim Pengkalan Batu, satu lawatan kerja pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan kerjasama bersepadu oleh pihak Kementerian Kesihatan dan pihak Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telahpun diadakan pada hari Sabtu, 9hb Mei 2020 untuk meninjau secara lebih dekat permasalahan penduduk-penduduk kampung berkenaan. Rombongan yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telahpun berkesempatan untuk meninjau ke beberapa buah rumah penduduk kampung di tiga (3) buah kampung, iaitu Kampung Masin; Kampung Pangkalan Batu/ Junjungan; dan juga Kampung Panchor / Batong. Bantuan yang dihulurkan semasa sesi lawatan tersebut adalah semburan racun serangga ke persekitaran rumah di beberapa buah kediaman penduduk kampung berkenaan.


More info : Click Here

Attachments