Sabtu, 06 Februari 2021M - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mengendalikan lawatan
bersama CEO Singapore Food Agency (SFA), Mr Lim Kok Thai ke Tapak Perusahaan Pertanian.
Lawatan tersebut disertai oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, Timbalan
Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Mulia Dayang Hajah
Masliana Yuliah binti Abdullah, Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, pegawai-pegawai
kanan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif dari SFA.