Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

14 FEBRUARI 2024M - MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 1445H/2024M



Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya pada petang tadi telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj, yang diselanggarakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pemangku Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.


Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan -Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai -pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.


Majlis disemarakkan dengan ceramah khas bertajuk “Kenapa Isra’ Mi’raj” yang disampaikan oleh penceramah undangan Yang Mulia Ustaz Muhamad Waqiyuddin Fakhri bin Haji Damit, Pengasas Syarikat Sofwah. Yang Mulia Ustaz menyampaikan tazkirah mengenai peristiwa luar biasa yang tercatat dalam sejarah Islam iaitu pengembaraan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di
Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin (Isra’) dengan kesusahan dan kesukaran baginda. Ceramah sambung, baginda ke langit bertemu dengan Allah SWT (Mi’raj) dalam tempoh sebahagian malam sahaja, dalam peristiwa ini membuktikan akan kehebatan dan belas kasihan Allah SWT dengan kurniaan mukjizat dan tanda kuasa Allah SWT dalam menjadikan segala kewujudan dari tiada kepada ada.




Attachments