| BAHAGIAN INDUSTRI AGRIMAKANAN DAN
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN | Fungsi Bahagian: | SEKSYEN
INDUSTRI AGRIMAKANAN - Merancang, menyelaras, melaksanakan dan
memantau pembangunan industri agrimakanan untuk meningkatkan penghasilan
produk agrimakanan yang berkualiti dan selamat di pasaran
- Memajukan dan meningkatkan pengeluaran produk
agrimakanan yang bermutu tinggi dan berkualiti melalui program-program
dan inisiatif dalam pelan strategik Bahagian
SEKSYEN
KEMAJUAN DAERAH - Memberikan khidmat nasihat pengurusan pertanian dan
pemindahan teknologi pertanian kepada pengusaha melalui program latihan,
taklimat dan tunjukcara.
- Memastikan pengeluaran hasil komoditi pertanian pengusaha
meningkat dengan membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha
pertanian.
SEKSYEN
KEJURUTERAAN PERTANIAN - Menyelaras, memudahcara dan menyelenggara infrastruktur
pertanian di Kawasan Kemajuan Pertanian di seluruh daerah seperti jalan ladang, saliran ladang dan
pengairan, serta penyediaan kemudahan asas seperti bekalan api elektrik dan
air domestik mengikut keperluan di Kawasan Kemajuan Pertanian.
- Menjalankan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi
di dalam mengenalpasti dan membangunkan teknologi pertanian baru dan moden
mampu milik (affortable), seperti rumah terlindung, hidroponik, fertigasi,
LED Lighting, agar dapat menyumbang kepada peningkatan hasil dan produktiviti
ladang;
- Menyelaras dan menyelia projek-projek pertanian yang
dikendalikan bersama agensi-agnesi yang berkenaan merangkumi aspek perancangan,
rekabentuk, penganggaran kos dan pengurusan projek.
| Perkhidmatan-perkhidmatan
di bawah Bahagian:
| SEKSYEN
INDUSTRI AGRIMAKANAN - Memberikan khidmat konsultansi teknikal dalam pembangunan dan
pemprosesan produk, rekabentuk dan bahan pembungkus, keperluan kriteria dan
susun atur label produk dan format panel nutrien, pelan susun atur premis
pemprosesan, analisis kimia dan mikrobiologi keatas produk, jenis mesin, dan
peralatan.
- Memberikan khidmat nasihat mengenai
analisis kimia dan mikrobiologi yang diperlukan bagi produk makanan pengusaha
mikro, kecil dan sederhana agrimakanan (mSME).`
- Membangunkan teknik pemprosesan dan pembungkusan produk
pengusaha agrimakanan
- Membangunkan pelabelan produk dan format panel nutrien produk
makanan
- Memberikan interpretasi keputusan analisa fizikal, kimia dan
mikrobiologi menggunakan standard dan
garispandu antarabangsa (interpretation
of analysis results)
- Membangunkan aliran tunai penghasilan produk dan pelan
perniagaan perusahaan industri agrimakanan
- Membangunkan pelan susun atur premis pemprosesan
- Memberikan kursus taklimat dan bengkel mengenai:-
- Amalan Kebersihan
yang Baik
- Amalan Pengilangan
yang Baik
- Teknologi
pemprosesan (teknik dan kawalan kualiti pemprosesan; penerapan amalan
kebersihan yang baik serta keperluan dan tatacara pensampelan produk untuk
analisa mikrobiologi dan kimia).
- Teknologi
pembungkusan (rekabentuk dan jenis bahan bungkus, tatacara label produk dan
format panel nutrien serta keperluan dan tatacara pensampelan produk untuk
analisa kimia).
- Aliran Tunai dan
Pelan Perniagaan
- Memudahcara permohonan tapak dan premis pemprosesan makanan
- Meningkatkan pautan aktif bersama pengusaha dan peladang
agrimakanan, institusi pengajian, sektor-sektor dan agensi berkepentingan
- Menyelaras pemadanan perniagaan (Business matching) antara
pengusaha makanan dan rantaian bekalan (pembekal dan pembeli)
SEKSYEN
KEMAJUAN DAERAH
- Perkhidmatan Pengambilan Sample Tanaman Bagi Analisa Sisa
Racun Kimia
- Pendaftaran Skim Bantuan Harga Padi
- Penerimaan Skim Bantuan Harga Padi
- Permohonan Baja/ Racun Penyakit & Musuh/ Racun
Rumpai/ Pukat Pipit Dan Biji Benih Padi
- Permohonan Baru/ Menambah/ Membaharui Lesen Pekerja Asing
untuk kegiatan pertanian
- Permohonan Peralatan Ladang Khusus
- Permohonan Bantuan Pakar
- Permohonan Membaharui Tempoh Kelamaan Geran Tanah
SEKSYEN
KEJURUTERAAN PERTANIAN - Memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha dari aspek
pengubasuaian saliran, infrastrusktur ladang yang khususnya dikendalikan oleh
pengusaha di dalam kawasan tapak masing-masing.
- Memberikan khidmat nasihat teknologi moden yang terkini
bagi peningkatan pengeluaran komoditi pertanian.
| Tatacara permohonan
latihan untuk orang ramai: | 1.
Permohonan secara bertulis kepada Pengarah Pertanian dan
Agrimakanan. 2. Permohonan di alamatkan kepada: Pengarah Pertanian dan Agrimakanan Jalan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB 3510 3. Permohon akan dihubungi untuk penentuan jadual latihan |
|