Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksInsentif Keperluan Khusus (Industri Agrimakanan)

Bagi Industri agrimakanan, kemudahan yang diperuntukkan di dalam SIPA adalah penyewaan bangunan termasuk fasiliti-fasiliti yang terdapat di dalam Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK). Tujuan skim ini adalah untuk membantu para pengusaha makanan  mikro dan kecil bagi meningkatkan pengeluaran hasil produk agrimakanan yang berkualiti untuk pasaran.


Objektif

 

Mempercepatkan proses pemindahan teknologi pengeluaran produk agrimakanan dan mengurangkan kos pengeluaran bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan terjamin halal serta kompetitif bagi pasaran tempatan dan eksport.

 

Kategori Insentif

 

Kategori insentif yang terdapat dalam Skim Keperluan Khusus - Industri Agrimakanan ialah seperti berikut:

1.           Penyewaan bangunan termasuk fasiliti-fasiliti yang terdapat di dalam Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK)

 

2.           Perkhidmatan dokongan teknikal melalui khidmat nasihat pembangunan produk, pemindahan teknologi, membangunkan label produk, panel nutrien dan penentuan tempoh simpan melalui pensampelan dan penghantaran produk untuk analisa; menjalankan lawatan serta memberikan latihan, kursus dan bengkel.

 

Penyewaan bangunan termasuk fasiliti-fasiliti yang terdapat di dalam Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK)

 

Bangunan IMPK terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei, Kilanas merupakan sebuah inkubator berskala kecil (dapur) yang mempunyai fasiliti pemprosesan yang moden dengan menawarkan kadar sewa yang berpatutan, latihan bagi menghasilkan produk agrimakanan dan tempat menjalankan analisa fizikal bagi mengawal kualiti produk. 

 

Garispanduan penyewaan dan kadar sewa IMPK secara insentif adalah seperti berikut:

  1. Bayaran Pendaftaran (sekali sahaja) sebanyak B$50.00.
  2. Penyewaan bangunan dan penggunaan fasiliti IMPK dibenarkan beroperasi dari jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang  dalam jangka masa 8 jam 45 minit pada waktu hari bekerja dengan kadar sewa B$70.00 sehari. Bayaran sewa hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan fasiliti pada hari penyewaan.
  3. Tempoh penyewaan ialah minima 1 hari bagi setiap pengusaha.
  4. Tempahan penyewaan hendaklah dipohonkan  kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dalam masa tujuh (7) hari sebelum tarikh penyewaan.
  5. Pembatalan  penyewaan hendaklah dimaklumkan kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan tiga (3) hari sebelum tarikh penyewaan.
  6. Bayaran bagi ganti rugi akan dikenakan jika berlaku kerosakan mesin-mesin dan peralatan atas kecuaian penyewa, berdasarkan kos baik pulih mesin/peralatan berkenaan termasuk bahagian peralatan mesin yang dicuci bersih oleh penyewa, kecuali mesin dan peralatan yang dikendalikan oleh penggendali.
  7. Denda akan dikenakan jika didapati tidak mematuhi syarat kebersihan sebanyak B$50.00.

Syarat – syarat kelayakan bagi memohon menggunakan IMPK adalah seperti dalam keterangan Bab 4 (syarat-syarat mendapatkan Skim Keperluan khusus – Industri Agrimakanan). 

 

Perkhidmatan dokongan teknikal melalui khidmat nasihat pembangunan teknikal, pensampelan dan penghantaran produk untuk analisa, latihan kursus dan bengkel serta lawatan

 

Unit di bawah Seksyen Kemajuan Industri Agrimakanan dan Pasaran, Bahagian Industri Agrimakanan dan Pengurusan Akses Pasaran sedang giat melaksanakan program peningkatan kapasiti dan teknologi pengeluaran produk tambah nilai (value-added) dan proses lanjut (further process) melalui perkhidmatan:

  1. Khidmat nasihat.
  2. Menjalankan lawatan ke premis pengeluaran produk.
  3. Pemindahan teknologi pemprosesan dan pembungkusan.
  4. Menjalankan analisa fizikal dan interpretasi keputusan analisa.
  5. Membangunkan label produk, panel nutrien dan penentuan jangka tempoh simpan melalui pensampelan, penghantaran produk untuk dianalisa dan menjalankan interpretasi keputusan analisa.
  6. Memberikan latihan, kursus dan bengkel serta nasihat dan konsultansi mengenai pelan perniagaan dan pemasaran, teknologi pemprosesan dan pembungkusan, jangka tempoh simpan dan amalan perkilangan yang baik (Good Manufacturing Practices).

Syarat-syarat bagi permohonan Skim Keperluan Khusus - Industri Agrimakanan 

  1. Pemohon mestilah berdaftar dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Pengembangan Industri Agrimakanan dengan mengisikan borang pendaftaran pengusaha Pertanian dan Agrimakanan (Borang A) dengan lengkap. 

  2. Mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Sijil Perakuan Penubuhan Syarikat Persendirian atau Sijil Pendaftaran Koperasi daripada Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Sijil Pendaftaran Persatuan (NGOs) daripada Pasukan Polis Diraja Brunei; atau Sijil Pendaftaran Majlis Perundingan Mukim (MPM) / Majlis Perundingan Kampung (MPK) daripada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan di dalam aktiviti perniagaan/ perusahaan hendaklah mengandungi kegiatan agrimakanan.

  3. Pengusaha yang memohon hendaklah menghantar Borang Data Penghasilan Produk Tambah Nilai setiap bulan kepada Unit Pengembangan Industri Agrimakanan, Bahagian Industri Agrimakanan dan Pengurusan Akses Pasaran.

    Tatacara Proses Permohonan
Tatacara proses permohonan dan borang permohonan bagi menggunakan fasiliti Inkubator Makanan Perusahaan Kecil adalah seperti Lampiran E (I) dan (II).  Tatacara proses permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan dokongan teknikal adalah seperti Lampiran F.