Industri Tanaman
Bagi
industri tanaman, fokus diberikan kepada pengeluaran padi, buah-buahan dan
sayur-sayuran. Usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran komoditi-komoditi
tanaman yang lain seperti pelbagai tanaman, bunga-bungaan dan tanaman hiasan
juga diberikan penekanan.
Antara
kemudahan yang diperuntukkan di dalam SIPA bagi Industri Tanaman adalah seperti
berikut:
1. Input
Baja;
2. Bahan
Perlindungan Tanaman; dan
3. Perkakas/Peralatan.
Nota:
Kemudahan di atas adalah tertakluk kepada ketersediaan
(availability) bahan-bahan berkenaan.
1. Input Baja
Bentuk
insentif adalah pembekalan beberapa jenis baja inorganik asas pada harga 50%
daripada harga tawaran.
2.
Bahan Perlindungan Tanaman
Bentuk insentif adalah pembekalan beberapa jenis racun
rumpai yang disyorkan pada harga 50% daripada harga tawaran.
3. Perkakas/Peralatan
Bentuk insentif adalah pembekalan perkakas / peralatan yang
diperlukan terutamanya pada peringkat kerja-kerja penyediaan ladang, pengawalan
musuh atau penyakit tanaman pada harga 50% daripada harga tawaran.
Industri Padi
Objektif:
- Mempercepatkan proses pemindahan teknologi pengeluaran ke
arah meningkatkan produktiviti dan hasil keluaran padi;
- Menyalurkan input dan kemudahan asas ke arah mendokong
penghasilan padi yang kompetitif;
- Menyalurkan informasi berhubung dengan jenis, kuantiti dan
kombinasi input yang bersesuaian di dalam system perladangan;
- Menggalakkan pengusaha tempatan dan pelaburan asing bergiat
aktif di dalam industri padi;
- Sebagai bantuan ke arah mengurangkan kos pengeluaran; dan
- Membantu menstabilkan harga komoditi padi.
Antara kemudahan yang diperuntukkan
di dalam SIPA bagi Industri Padi adalah seperti berikut:
1. Input Baja;
2. Bahan Perlindungan Tanaman;
3. Perkakas/Peralatan; dan
4. Skim Bantuan Harga Padi.
Nota:
Kemudahan di atas adalah tertakluk
kepada ketersediaan (availability) bahan-bahan berkenaan.
1.
Input Baja
Bentuk
insentif adalah pembekalan beberapa jenis baja inorganik asas pada harga 50%
daripada harga tawaran.
2.
Bahan Perlindungan Tanaman
Bentuk
insentif adalah pembekalan beberapa jenis racun rumpai yang disyorkan pada
harga insentif pada harga 50% daripada harga tawaran.
3. Perkakas/Peralatan
Bentuk
insentif adalah pembekalan perkakas, peralatan yang diperlukan terutamanya pada
peringkat kerja-kerja penyediaan ladang, penanaman dan penuaian tanaman pada
harga 50% daripada harga tawaran.
4. Skim
Bantuan Harga Padi
Skim ini bertujuan
sebagai galakan kepada orang ramai terutama sekali warganegara serta penduduk
tetap Negara Brunei Darussalam untuk menceburi perusahaan penanaman padi. Melalui skim ini, pemohon yang memenuhi
kelayakan boleh menjual padi yang dihasilkan kepada Kerajaan pada kadar yang
tertentu dengan syarat, padi yang dihasilkan adalah terdiri daripada jenis padi
yang dibenarkan dan memenuhi kriteria kualiti padi yang telah ditetapkan. Jenis padi yang dibenarkan untuk diterima di
bawah Skim Bantuan Harga Padi adalah Padi Pusu, Padi Bario, Padi Adan, Padi
BDR5, Padi MRQ76, Padi Sembada188, Padi Titih dan varieti padi lain yang
disyorkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Kadar harga pembelian padi di bawah
Skim ini adalah sebanyak $1.60/kg, tertakluk kepada sebarang perubahan dari
masa ke semasa.