Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKhidmat Dokongan, Kepakaran dan Teknikal

Sebagai agensi Kerajaan yang berperanan dalam membangunkan dan memajukan industri pertanian dan agrimakanan di negara ini, salah satu tanggungjawab Jabatan Pertanian dan Agrimakanan ialah memberikan perkhidmatan dokongan, khidmat nasihat kepakaran dan teknikal kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan peladang-peladang.  

 

Perkhidmatan dokongan, khidmat nasihat kepakaran dan teknikal yang diberikan adalah bertujuan antara lain untuk:

  • Membantu pengusaha dan peladang dalam penyediaan perancangan perusahaan;
  • Membantu pengusaha dan peladang menangani masalah-masalah tanaman dan ternakan  yang terdapat pada ladang-ladang mereka yang boleh menjejaskan penghasilan dan produktiviti pengeluaran; dan
  • Menyerapkan teknologi-teknologi terbaru dalam pengeluaran tanaman dan pemeliharaan ternakan seperti teknik pengawalan perosak tanaman, pengawalan kimia tanaman dan perubatan veterinar secara teratur, selamat dan mesra alam, sistem perlindungan tanaman bersepadu dan lain-lain.

Perkhidmatan dokongan, khidmat nasihat kepakaran dan teknikal yang diberikan adalah dalam bentuk:

  • Bimbingan, tunjuk ajar ataupun nasihat kepakaran mengikut sektor industri pertanian dan agrimakanan yang diusahakan;
  • Pemindahan teknologi terkini serta amalan terbaik yang bersesuaian untuk diserapkan dan diterima pakai oleh  pengusaha dan peladang mengikut sektor industri pertanian dan agrimakanan yang diusahakan;
  • Pemantauan terhadap perkembangan perusahaan oleh Unit Kemajuan Pertanian Daerah bagi mengetahui situasi dan perkembangan perusahaan-perusahaan yang dijalankan oleh pengusaha dan peladang.
  • Perkhidmatan konsultasi dalam penyediaan kertas kerja dan aliran tunai kewangan (cash flow)

Syarat & Proses Permohonan

Tidak ada syarat-syarat khusus yang diperlukan daripada pengusaha dan peladang yang ingin mendapatkan perkhidmatan dokongan, khidmat nasihat kepakaran dan teknikal daripada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan berhubung perusahaan-perusahaan yang dijalankan.