Proses Permohonan dan Pembayaran Insentif Keperluan
Khusus (Industri Tanaman dan Padi)
Proses Permohonan Insentif Keperluan Khusus
1. Pengusaha dan peladang dikehendaki membuat permohonan untuk
mendapatkan bahan-bahan insentif dengan mengisikan Borang B di dalam sistem
Online Common Billing System (OCBS).
2. Jenis dan kuantiti bahan-bahan insentif yang dipohonkan akan
dibuat penilaian oleh Unit Kemajuan Pertanian Daerah dan Industri-industri
berkenaan mengikut perkembangan perusahaan dan saiz ladang.
3.
Bagi permohonan yang sudah menerima
bantuan peralatan ladang hanya akan dibenarkan untuk memohon selepas tempoh
satu tahun.
4.
Bagi permohonan yang sudah menerima
bantuan baja inorganik dan racun rumpai adalah seperti berikut :
Bil | Komoditi | Tempoh
pembelian/ permohonan |
1 | Padi | *Sekali dalam
satu musim |
2 | Sayur | *Dua (2) kali
dalam setahun |
3 | Buah |
4 | Tanaman Hiasan |
*Tertakluk
kepada ketersediaan bekalan
Proses Pembayaran Insentif
Keperluan Khusus
1. Pemohon mestilah membuat pembayaran ke atas pembelian
bahan insentif terlebih dahulu sebelum barangan dikeluarkan daripada Pusat
Bekalan Insentif.
2. Peladang hendaklah membuat pembayaran di kaunter
pembayaran yang terletak di Unit Kemajuan Pertanian di daerah masing-masing.
3. Pegawai bertugas akan mengeluarkan resit kewangan
sebagai pengesahan urusan pembayaran.
4. Borang B hendaklah lengkap di isi dan resit pembayaran
kewangan disertakan dan hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai yang bertugas
untuk proses pembekalan.
5. Bahan insentif hanya akan dikeluarkan setelah resit
pembelian dikeluarkan atau ditunjukkan kepada Pegawai bertugas di Pusat Bekalan Insentif daerah
masing-masing.
6. Urusan pengangkutan adalah tanggungjawab pemohon.
Kakitangan stor yang bertugas hanya akan melakukan pemungahan daripada tempat
penyimpanan bahan insentif di Pusat Bekalan Insentif Pertanian.
7. Jumlah bahan yang dipohonkan adalah tertakluk
kepada stok dan jenis yang ada.
8. Pembayaran adalah dikehendaki untuk dijelaskan oleh
pengurus/pemilik ladang itu sendiri, walaubagaimana pun sekiranya ia berwakilkan, surat wakil hendaklah
disertakan semasa pembayaran.