Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSyarat-Syarat Lain

1.   Pemohon yang berkelayakan untuk mendapatkan Insentif Keperluan Khusus adalah diberikan tempoh selama 5 tahun bermula daripada tarikh permohonan. Selepas tempoh 5 tahun tersebut, pemohon tidak akan lagi berhak untuk mendapatkan bantuan SIPA kecuali atas sokongan dan pertimbangan tertentu mengikut penilaian pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.
 
2.   Bagi syarikat yang menjalankan kegiatan pertanian yang berdaftar di bawah KKP yang memohon dan mempunyai beberapa tapak dilokasi yang berlainan (multiple locations), jumlah tapak akan dikira secara akumulatif (accumulated) mengikut syarat komoditi yang dibenarkan. 

3.   Bagi pengusaha/peladang yang mempunyai sewa tapak yang tertunggak adalah tidak akan dipertimbangkan untuk menerima SIPA selagi bayaran sewa belum dijelaskan. 
 
4.   Bagi pengusaha/peladang yang belum menandatangani kontrak/penyambungan kontrak adalah tidak akan dipertimbangkan untuk menerima SIPA selagi kontrak belum ditandatangani.
 
5.   Bagi pengusaha/peladang yang telah ditawarkan penambahan kawasan dan menjadikan keseluruhan kawasan melebihi perkiraan syarat kelayakan menerima SIPA seperti di para 1.5 (3) (i dan ii), adalah dibenarkan menerima bantuan SIPA pada harga subsidi bagi kawasan asal (tidak termasuk kawasan tambahan) bagi tempoh dua (2) tahun bermula daripada tarikh surat tawaran (Awarded Letter) penerimaan tambahan kawasan yang diterima, bergantung kepada ketersediaan (availability) bahan bantuan yang dipohonkan. Permohonan bantuan SIPA tidak akan dipertimbangkan bagi pemohon yang menerima tawaran tambahan kawasan melebihi tempoh dua (2) tahun. 


 
Nota:
Bagi bahan insentif yang dikategorikan sebagai *slow-moving, ianya akan ditawarkan kepada orang ramai pada **kadar harga yang bersesuaian yang akan ditetapkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dengan nasihat daripada agensi-agensi berkenaan.

*Slow-moving bermaksud kadar/kekerapan pembelian yang perlahan melimpasi satu tempoh masa, tertakluk kepada jenis barangan, dengan mengambil kira tarikh pembelian, tarikh luput dan susut nilai barangan.
 
**Kadar harga yang besesuaian adalah mengikut penilaian susut nilai bagi jentera/mesin / peralatan ladang yang bersesuaian tertakluk kepada tafsiran dan nasihat serta kebenaran daripada agensi-agensi yang berkaitan.