Sebagai agensi Kerajaan yang
berperanan dalam membangunkan dan memajukan industri pertanian dan agrimakanan
di negara ini, salah satu tanggungjawab Jabatan Pertanian dan Agrimakanan ialah
memberikan perkhidmatan dokongan, khidmat nasihat kepakaran dan teknikal kepada
pengusaha-pengusaha pertanian dan peladang-peladang.
Perkhidmatan dokongan, khidmat
nasihat kepakaran dan teknikal yang diberikan adalah bertujuan antara lain
untuk:
- Membantu pengusaha dan peladang dalam penyediaan perancangan perusahaan;
- Membantu
pengusaha dan peladang menangani masalah-masalah tanaman dan ternakan yang terdapat pada ladang-ladang mereka yang
boleh menjejaskan penghasilan dan produktiviti pengeluaran; dan
- Menyerapkan
teknologi-teknologi terbaru dalam pengeluaran tanaman dan pemeliharaan ternakan
seperti teknik pengawalan perosak tanaman, pengawalan kimia tanaman dan
perubatan veterinar secara teratur, selamat dan mesra alam, sistem perlindungan
tanaman bersepadu dan lain-lain.
Perkhidmatan dokongan, khidmat
nasihat kepakaran dan teknikal yang diberikan adalah dalam bentuk:
- Bimbingan,
tunjuk ajar ataupun nasihat kepakaran mengikut sektor industri pertanian dan
agrimakanan yang diusahakan;
- Pemindahan
teknologi terkini serta amalan terbaik yang bersesuaian untuk diserapkan dan
diterima pakai oleh pengusaha dan
peladang mengikut sektor industri pertanian dan agrimakanan yang diusahakan;
- Pemantauan
terhadap perkembangan perusahaan oleh Unit Kemajuan Pertanian Daerah bagi
mengetahui situasi dan perkembangan perusahaan-perusahaan yang dijalankan oleh
pengusaha dan peladang.
- Perkhidmatan konsultasi dalam penyediaan kertas kerja dan aliran tunai
kewangan (cash flow)
Syarat & Proses Permohonan
Tidak ada
syarat-syarat khusus yang diperlukan daripada pengusaha dan peladang yang ingin
mendapatkan perkhidmatan dokongan, khidmat nasihat kepakaran dan teknikal
daripada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan berhubung perusahaan-perusahaan yang
dijalankan.