Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPROJEK PERTANIAN MUDAH DAN MURAH BAGI GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR

Bagi membantu didalam menangani masalah pengangguran belia-belia di negara ini, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan mengambil inisiatif untuk mengendalikan 'Projek Pertanian Mudah dan Murah bagi Golongan Belia Yang Menganggur'.


Projek ini dilaksanakan adalah bagi membantu belia-belia di negara ini khususnya kepada yang belum mempunyai mata pencarian yang tetap dengan harapan dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka; untuk memperkenalkan sistem pertanian yang sesuai, mudah dan murah; dapat meningkatkan ekonomi bagi golongan belia dan seterusnya diharapkan dapat menarik minat mereka untuk berkecimpung didalam industri pertanian.


Projek ini adalah sebagai salah satu usaha pihak Jabatan untuk menyuntik semangat mereka bagi mempelajari cara-cara penanaman sayur-sayuran secara aktif dan efektif, memberikan tunjuk ajar tentang penggunaan beberapa teknik dalam penanaman sayur-sayuran.


Antara objektif projek ini diadakan adalah:

  • Membantu meningkatkan tahap hidup para belia;
  • Memupuk silaturrahim di antara golongan belia dengan pihak kerajaan;
  • Meningkatkan perekonomian dan pengetahuan belia-belia mengenai tanaman sayur-sayuran sebagai salah satu alternatif yang boleh menampung dan menyara kehidupan seharian mereka;
  • Memberi peluang kepada para belia, supaya bergiat di bidang pertanian bermula secara kecil-kecilan kepada yang lebih komersial.


Bagi peringkat permulaan, pihak Jabatan akan memberikan taklimat mengenai dengan pengenalan pertanian mudah dan murah. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di ke empat-empat daerah. Latihan juga akan diberikan secara khusus iaitu melalui 'hands on' atau latihan amali untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan yang lebih efektif kepada peserta-peserta. Projek ini akan dipantau secara berterusan sehingga para peserta mampu berdikari dengan sendiri.


Dengan terlaksananya projek ini nanti, diharapkan akan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran para belia-belia yang belum mempunyai sebarang pekerjaan. Disamping itu juga, dengan kemahiran dan ilmu yang diperolehi itu nanti, secara tidak langsung akan dapat menambah sumber kewangan dan juga akan dapat menyumbang kepada program pengeluaran hasil tempatan dalam negeri dan juga diharapkan akan dapat menembusi pasaran luar.


PROJEK INI DIBUKAKAN KEPADA BELIA-BELIA TEMPATAN YANG BELUM MEMPUNYAI PEKERJAAN


BAGI PARA BELIA YANG BERKEINGINAN UNTUK IKUT SERTA DIDALAM PROJEK INI, PERMOHONAN HENDAKLAH

DIBUAT DENGAN MENGISIKAN BORANG YANG TELAH DISEDIAKAN DI BAWAH DAN DIHANTAR KE :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,

IBU PEJABAT, JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN,

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

JALAN MUHIBBAH, AIRPORT LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BAGI SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN

AWANG HIRMAN BIN HAJI ABU, 

KETUA UNIT PEMANTAUAN DAN PEMASARAN

DI TALIAN +673 2388048



BORANG PROJEK PERTANIAN MUDAH DAN MURAH BAGI GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR