Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksProses Permohonan dan Pembayaran Insentif Keperluan Khusus (Industri Tanaman dan Padi)

Proses Permohonan dan Pembayaran Insentif Keperluan
Khusus (Industri Tanaman dan Padi)

Proses Permohonan Insentif Keperluan Khusus

 

1.     Pengusaha dan peladang dikehendaki membuat permohonan untuk mendapatkan bahan-bahan insentif dengan mengisikan Borang B di dalam sistem Online Common Billing System (OCBS).


2.     Jenis dan kuantiti bahan-bahan insentif yang dipohonkan akan dibuat penilaian oleh Unit Kemajuan Pertanian Daerah dan Industri-industri berkenaan mengikut perkembangan perusahaan dan saiz ladang.

3.     Bagi permohonan yang sudah menerima bantuan peralatan ladang hanya akan dibenarkan untuk memohon selepas tempoh satu tahun.

4.     Bagi permohonan yang sudah menerima bantuan baja inorganik dan racun rumpai adalah seperti berikut :


Bil

Komoditi

Tempoh pembelian/ permohonan

1

Padi

*Sekali dalam satu musim

2

Sayur

*Dua (2) kali dalam setahun

3

Buah

4

Tanaman Hiasan

*Tertakluk kepada ketersediaan bekalan

 

Proses Pembayaran Insentif Keperluan Khusus

 

          1.     Pemohon mestilah membuat pembayaran ke atas pembelian bahan insentif terlebih dahulu sebelum barangan dikeluarkan   daripada Pusat Bekalan Insentif.

 

         2.     Peladang hendaklah membuat pembayaran di kaunter pembayaran yang terletak di Unit Kemajuan Pertanian di daerah    masing-masing.

           3.     Pegawai bertugas akan mengeluarkan resit kewangan sebagai pengesahan urusan pembayaran.

          4.     Borang B hendaklah lengkap di isi dan resit pembayaran kewangan disertakan dan hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai yang bertugas untuk proses pembekalan.

         

         5.     Bahan insentif hanya akan dikeluarkan setelah resit pembelian dikeluarkan atau ditunjukkan kepada Pegawai  bertugas di Pusat Bekalan Insentif daerah masing-masing.

         

          6.     Urusan pengangkutan adalah tanggungjawab pemohon. Kakitangan stor yang bertugas hanya akan melakukan pemungahan daripada tempat penyimpanan bahan insentif di Pusat Bekalan Insentif Pertanian.

          7.     Jumlah bahan yang dipohonkan adalah tertakluk kepada  stok dan jenis yang ada.

          8.     Pembayaran adalah dikehendaki untuk dijelaskan oleh pengurus/pemilik ladang itu sendiri, walaubagaimana pun  sekiranya ia berwakilkan, surat wakil hendaklah disertakan semasa pembayaran.